Media Prima Labs | LEBIH 30,000 ORANG PENGUNJUNG ‘ CHILL’ DI GEGARIA FEST KUANTAN!
2288
post-template-default,single,single-post,postid-2288,single-format-standard,ajax_leftright,page_not_loaded,
 

LEBIH 30,000 ORANG PENGUNJUNG ‘ CHILL’ DI GEGARIA FEST KUANTAN!

Seramai lebih 30,000 orang pengunjung telah membanjiri Festival Gegaria yang diadakan di*
*Perkarangan Parkir Stadium Darul Makmur, Kuantan sabtu lalu.

Kuantan merupakan lokasi ketiga dalam siri penjelajahan Gegaria Festival setelah meriuhkan Setia Alam dan Johor Bahru pada 13 Januari dan 3 Februari yang lalu.

Festival yang diadakan oleh Media Prima Berhad ini bertujuan untuk menyatukan golongan belia yang sentiasa dihargai dan memberikan mereka sebuah platform untuk mengekspresikan diri selama satu hari.

Festival yang berlangsung selama satu hari itu telah meraih lebih 20,000 orang pengunjung pada sebelah siang festival itu, manakala kira-kira 10,000 penggemar muzik telah membanjiri disekitar pentas utama Gegaria Festival untuk menyaksikan Konsert #Gegaria yang menampilkan DeFam, Noh Salleh, Akim & The Majietsret, Kugiran Masdo dan Bunkface.