Media Prima Labs | Media Prima Labs Mob-ex awards 2017
1743
single,single-post,postid-1743,single-format-standard,ajax_leftright,page_not_loaded,
 
mobexawards2017mp3

Media Prima Labs Mob-ex awards 2017

SINGAPURA: Media Prima Labs menyerlah pada Anugerah Mob-EX 2017 apabila menerima empat pingat emas dan dua gangsa pada acara terbesar tahunan menghargai organisasi terbabit dengan aplikasi permainan digital yang berlangsung di sini, malam tadi. Aplikasi permainan digital Ejen Ali MATA Training Academy memenangi tiga pingat emas iaitu Aplikasi Terbaik – Kreativiti; Aplikasi Terbaik – Pemilikan Media dan Aplikasi Terbaik – Tablet. Aplikasi yang sama menerima pingat gangsa untuk Aplikasi Terbaik – Hiburan dan Permainan. Aplikasi permainan Ejen Ali Emergency menerima pingat emas untuk Aplikasi Terbaik – Hiburan dan Permainan yang turut menerima pingat gangsa bagi Aplikasi Terbaik – Tablet. Ejen Ali adalah aplikasi permainan dalam telefon bimbit dan mula diperkenalkan di pasaran pada Mac 2016 yang dibangunkan berdasarkan siri animasi popular, Ejen Ali, terbitan WAU Animation Studios dan Primeworks Studios. Ejen Ali berjaya menewaskan beberapa organisasi utama lain yang dimiliki syarikat telekomunikasi dan pemilik media di rantau ini yang lebih awal muncul sebagai peneraju dalam permainan dalam talian berprestij di rantau ini. Pengurus Besar Kumpulan, Produk dan Media Prima Labs, Nicholas Sagau, merakamkan penghargaan serta terima kasih kepada Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) yang banyak membantu Media Prima Labs menjuarai kandungan permainan maya. “Ucapan terima kasih juga kepada Team M8 dan mereka yang terbabit secara langsung membantu dalam pembangunan dan pencalonan di Anugerah Permainan Mudah Alih Antarabangsa Asia Tenggara (SEA-IMGA). “Selain itu, Media Prima Labs juga ingin merakamkan penghargaan kepada App Annie yang juga sebahagian daripada projek berkenaan. “Kami amat gembira dengan pengiktirafan ini. Terima kasih atas sokongan yang amat menggalakkan. Kami gembira bahawa usaha kami berhasil dan bertepatan dengan potensi dalam permainan maya buatan Malaysia dan aplikasi mudah alih. “Kejayaan ini menjadi pendorong untuk kami melabur dalam lebih banyak aplikasi mudah alih dan industri permainan maya di Malaysia. Mudah-mudahan, anugerah ini akan menjadi pembuka mata kepada bakal pelabur di luar sana kepada nilai komersil industri digital di Malaysia,” katanya.

Selanjutnya di : https://www.bharian.com.my/node/252560